Selasa, 12 Ogos 2008

ATLET SEPANYOL PERTAMA DIKESAN GUNA DADAH

Pelumba basikal Sepanyol, Maira Isabelle Moreno menjadi atlet pertama yang gagal ujian dadah pada Olimpik kali ini.
Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Giselle Davies berkata, atlet berusia 27 tahun itu disahkan positif menggunakan EPO selepas ujian pada 31 Julai lepas.
''Dia meninggalkan perkampungan atlet pada 31 Julai, sebelum keputusan diumumkan. Dia tahu keputusan yang akan keluar.
''IOC memandang serius perkara ini. Ujian itu membuktikan atlet itu mengambil EPO. Akreditasinya dibatalkan dan dikeluarkan daripada IOC,'' katanya.
Kata Davies, IOC telah meminta kesatuan sukan dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) merujuk perkara itu untuk hukuman disiplin selepas Olimpik berakhir.
Moreno dianggap salah seorang atlet terbaik untuk acara berbasikal yang boleh mengumbang pingat pada Olimpik di Beijing.
- AFP

2 ulasan:

Abdul Malek berkata...

Doping dalam sukan bukanlah isu baru dalam sukan olimpik,bahkan didalam mengejar impian untuk berjaya secara mudah atlit sanggup mengambil doping tanpa menghiraukan undang-undang yang telah dikuatkuasakan.Dengan adanya alat yang dapat mengesan penggunaan doping ini,pihak yang berkaitan dapat mengesan atlit-atlit yang terlibat mengambil doping dan mengagalkan atlit tersebut untuk bersaing dalam sukan yang dipertandingkan, dan seterusnya menggunakan kemampuan masing-masing tanpa mengambil bahan sampingan untuk berjaya demi persaingan yang sihat dan adil.

EmBuN PaGi berkata...

Salam Olimpik,
sanggup langgar undang-undang yang telah dikuatkuasakan bagi mencapai cita-cita.Xadil la kalau mereka menang, tapi beijing 2008 sememangya dilengkapi dengan kemudahan yang paling canggih dalam sejarah Olimpik dunia(kalau xsilap la..tapi memang betul pun).so rasanya xda masalah untuk Beijing mengesan kesalahan-kesalahan tersebut.

embun pagi