Jumaat, 15 Ogos 2008

TIGA JAGUH PECUT JADI TUMPUAN

Tiga jaguh pecut jadi tumpuan
BOLT (kiri), Powell (tengah) dan Gay akan turun dalam aksi saringan 100m hari ini dalam misi memburu gelaran Raja Pecut Sukan Olimpik XXIX.
BEIJING - Dua jaguh Jamaica, Usain Bolt dan Asafa Powell serta pelari pecut Amerika Syarikat, Tyson Gay bakal menjadi tumpuan apabila acara olahraga Sukan Olimpik XXIX Beijing membuka gelanggangnya hari ini.
Dua pingat emas bakal menjadi rebutan pada hari pertama acara olahraga dipertandingkan masing-masing menerusi acara 10,000 meter wanita dan lontar peluru lelaki.
Begitupun, di balapan, Bolt, Powell dan Gay akan cuba mencari slot ke perlumbaan akhir esok apabila turun dalam aksi saringan acara 100 meter hari ini.
Bolt merupakan pemegang rekod dunia dalam acara itu dengan catatan 9.72 saat, iaitu dua saat mengatasi rekod lama milik Powell.
Namun, Gay juga akan turun dengan reputasi selaku juara dunia selepas menewaskan Powell pada Kejohanan Dunia di Osaka tahun lalu.
"Semua orang sedang bercakap mengenai kami dan anda tahu bahawa Usain dan Tyson akan lawan yang hebat," jelas Powell.
"Tetapi anda juga tahu bahawa jika saya berada di hada- pan, memang sukar untuk mereka menewaskan saya."
Sementara itu, Adam Nelson dari Amerika Syarikat yang memenangi dua pingat perak dalam dua temasya Olimpik lalu menjadi pilihan untuk menjuarai acara lontar peluru dengan pelari wanita Habsyah, Tirunesh Dibaba diramal menguasai acara 10,000m. - AP

2 ulasan:

Abdul Malek berkata...

Memandangkan pada ketika ini adalah musim deman sukan olimpik Beijing 2008,namun kita tidak seharusnya melepaskan pelunag menyaksikan jaguh raja dunia yang dijangkakan memberi aksi yang terbaik mereka di arena sukan olimpik ini.Justeru itu, jangan lepaskan peluang ini yang hanya kita dapat saksikan hanya 4 tahun sekali sahaja.Majulah sukan untuk dunia.

EmBuN PaGi berkata...

Salam Sukan semua,

Semestinya Asafa Powell merupakan nama yang besar dalam sukan olahraga.Cuma yang dinantikan adalah Powell berjaya menewaskan Bolt untuk musim ini? Dua-duanya sama kuat dan sama hebat.sama-sama kita tunggu keputusannya.

embun pagi.